Innhold levert av Silang Kata Podcast. Alt podcastinnhold, inkludert episoder, grafikk og podcastbeskrivelser, lastes opp og leveres direkte av Silang Kata Podcast eller deres podcastplattformpartner. Hvis du tror at noen bruker det opphavsrettsbeskyttede verket ditt uten din tillatelse, kan du følge prosessen skissert her https://no.player.fm/legal.
Player FM - Podcast-app Gå frakoblet med Player FM -appen!
In this episode, we welcome back David French, columnist for The New York Times , former constitutional attorney, and author of Divided We Fall . We discuss the current state of American democracy, the challenges of political division, and how we can engage in civil discourse despite deep ideological differences. David also shares a personal update on his family and reflects on the profound trials and growth that come with adversity. 📌 What We Discuss: ✔️ How David and his family navigated the challenges of a serious health crisis. ✔️ The rise of political polarization and the factors driving it. ✔️ Why distinguishing between “unwise, unethical, and unlawful” is crucial in analyzing political actions. ✔️ How consuming different perspectives (even opposing ones) helps in understanding political dynamics. ✔️ The role of Christian values in politics and how they are being redefined. ⏳ Episode Highlights 📍 [00:01:00] – David French’s background and his journey from litigation to journalism. 📍 [00:02:30] – Personal update: David shares his wife Nancy’s battle with cancer and their journey as a family. 📍 [00:06:00] – How to navigate personal trials while maintaining faith and resilience. 📍 [00:10:00] – The danger of political paranoia and the pitfalls of extreme polarization. 📍 [00:18:00] – The "friend-enemy" paradigm in American politics and its influence in Christian fundamentalism. 📍 [00:24:00] – Revisiting Divided We Fall : How America’s divisions have devolved since 2020. 📍 [00:40:00] – The categories and differences of unwise, unethical, and unlawful political actions. 📍 [00:55:00] – The balance between justice, kindness, and humility in political engagement. 📍 [01:00:00] – The After Party initiative: A Christian approach to politics focused on values rather than policy. 💬 Featured Quotes 🔹 "You don't know who you truly are until your values are tested." – David French 🔹 "If we focus on the relational, we can have better conversations even across deep differences." – Corey Nathan 🔹 "Justice, kindness, and humility—if you're missing one, you're doing it wrong." – David French 🔹 "The United States has a history of shifting without repenting. We just move on." – David French 📚 Resources Mentioned David French’s Writing: New York Times David’s Book: Divided We Fall The After Party Initiative – More Info Advisory Opinions Podcast (with Sarah Isgur & David French) – Listen Here 📣 Call to Action If you found this conversation insightful, please: ✅ Subscribe to Talkin' Politics & Religion Without Killin' Each Other on your favorite podcast platform. ✅ Leave a review on Apple Podcasts, Spotify, or wherever you listen: ratethispodcast.com/goodfaithpolitics ✅ Support the show on Patreon: patreon.com/politicsandreligion ✅ Watch the full conversation and subscribe on YouTube: youtube.com/@politicsandreligion 🔗 Connect With Us on Social Media @coreysnathan: Bluesky LinkedIn Instagram Threads Facebook Substack David French: 🔗 Twitter | BlueSky | New York Times Our Sponsors Meza Wealth Management: www.mezawealth.com Prolux Autogroup: www.proluxautogroup.com or www.granadahillsairporttransportation.com Let’s keep talking politics and religion—with gentleness and respect. 🎙️💡…
Innhold levert av Silang Kata Podcast. Alt podcastinnhold, inkludert episoder, grafikk og podcastbeskrivelser, lastes opp og leveres direkte av Silang Kata Podcast eller deres podcastplattformpartner. Hvis du tror at noen bruker det opphavsrettsbeskyttede verket ditt uten din tillatelse, kan du følge prosessen skissert her https://no.player.fm/legal.
Seperti permainan teka silang kata, pada setiap episod trio peneraju akan mengupas tiga topik seputar hal sastera dan budaya. Di akhir setiap episod - mereka akan mencari apakah titik persamaan yang menyimpul setiap perbincangan.
Innhold levert av Silang Kata Podcast. Alt podcastinnhold, inkludert episoder, grafikk og podcastbeskrivelser, lastes opp og leveres direkte av Silang Kata Podcast eller deres podcastplattformpartner. Hvis du tror at noen bruker det opphavsrettsbeskyttede verket ditt uten din tillatelse, kan du følge prosessen skissert her https://no.player.fm/legal.
Seperti permainan teka silang kata, pada setiap episod trio peneraju akan mengupas tiga topik seputar hal sastera dan budaya. Di akhir setiap episod - mereka akan mencari apakah titik persamaan yang menyimpul setiap perbincangan.
Sejak tahun 1987, Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan telah diadakan secara konsisten saban tahun, menobatkan seorang juara di peringkat kebangsaan. Tahun ini tidak terkecuali, apabila Tuan Aqi Azmi dari negeri Perak telah dimahkotakan sebagai juara di antara juara. Di dalam episod kali ini, kita berbicara dengan beliau mengenai perjalanan beliau bermula sebagai seorang deklamator. Sebagai seorang dari bidang kejuruteraan, bagaimanakah perbezaan tersebut melorongkan minat beliau ke arena deklamasi puisi? Paling berharga, apabila Tuan Aqi turut berkongsi tip dan panduan mendeklamasian puisi. Silang Kata Podcast juga telah menghubungi wakil penganjur Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan 2020, iaitu Tuan Zaifulnizan Haji Wagiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan rumusan mengenai penganjuran tahun ini, di dalam norma baharu. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Tetamu: Aqi Azmi & Zaifulnizam Wagiran PENGHARGAAN Logo : Saharil Hasrin Sanin Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd). Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Bagaimanakah pandemik COVID19 memberikan kesan kepada trend pembacaan dalam format E-Buku? Begitulah apa yang dibincangkan dalam episod kali ini yang diterajui oleh Hafiz Latiff. Ikuti kupasan daripada dua tetamu kami iaitu Fatin Syamimy - CEO Iman Publications yang memberikan perspektif daripada penerbit buku. Manakala, aktivitis buku, Emmy Hermina Natashia membawakan pandangan beliau sebagai seorang pembaca tegar yang menerangkan bagaimana trend pembacaan berubah tatkala musim wabak sekarang ini. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Hafiz Latiff Tetamu: Fatin Syamimy &Emmy Hermina Natashia PENGHARGAAN Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd). Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Dalam pembuka tirai musim kedua ini, kami menjemput dua orang sahabat kami yang pernah bertugas di Perbadanan Kota Buku iaitu Aliff Basri dan juga Alia Wanda Nazri yang kini sedang berada di Marrakesh, Maghribi. Antara yang dibincangkan adalah perubahan yang harus dilaksanakan oleh industri kreatif dalam mendepani kesan global wabak COVID19, juga bagaimana cross-medium atau silang bidang harus digiatkan di antara semua bidang kreatif. Pastinya, kami tidak melepaskan peluang untuk bertanya kepada Alia tentang pengalamannya sebagai seorang anak muda yang membuka perniagaan gastronomi pelancongan di Marrakesh, Maghribi. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin Tetamu: Aliff Basri & Alia Wanda Nazri PENGHARGAAN Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd). Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Setelah tidak merakamkan podcast buat beberapa bulan, akhirnya para peneraju Silang Kata Podcast kembali berbicara di corong pembesar suara anda. Sebelum memulakan musim kedua, kami saling bercerita mengenai perkembangan diri masing-masing dan bagaimana wabak COVID19 telah mengubah segala perancangan yang telah dilakukan. Episod ini telah dirakamkan dalam talian secara berasingan, bagi menuruti Perintah Kawalan Pergerakan. Mohon maklumbalas anda: https://forms.gle/WddLBRkuHmFRdUgf9?fbclid=IwAR2i5-UiJB9fvj-ftQlOwAo7WQ5FvUc8sLxaMU2LAevKk9XJv0hY3dXVC8A Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar : Zamir Azfar Penyanyi Nyanyian Melayu: Nurainol Wahidah…
Akhirnya, Silang Kata Podcast telah sampai ke episod terakhir untuk musim pertama. Dalam segmen pertama, SKP mengundang Ara, pelajar praktikal di Legasi Oakheart untuk menceritakan pengalamannya menganjurkan sebuah acara di Kafe Buku Oakheart (KABO) iaitu PENASKHAH. Acara ini adalah sebuah acara baca puisi intim yang menjemput penulis-penulis buku Legasi Oakheart, membacakan naskhah mereka di hadapan khalayak. Tahun 2020, adalah tahun yang amat bermakna buat industri buku kerana Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO. SKP berbincang apakah makna pengiktirafan ini dan bagaimana warga kota Kuala Lumpur boleh mendapat manfaat daripadanya. Sebagai penutup tirai, segmen terakhir didedikasikan untuk mengimbau semula pengalaman mengendalikan Silang Kata Podcast, termasuklah menceritakan segala jerih-perih dan cabaran dalam menerbitkan podcast berbahasa Melayu ini. SKP juga menceritakan mengenai perancangan mengujakan untuk musim yang akan datang. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Pesta Buku Frankfurt kembali lagi! Setiap tahun, perwakilan industri buku Malaysia akan berangkat ke sebuah kota di Jerman, iaitu Frankfurt untuk membawa karya-karya negara. Namun, apakah sebenarnya yang mereka lakukan di sana dan mengapa dikatakan bahawa setiap orang yang terlibat di dalam industri perbukuan harus ke Frankfurt walau sekali dalam hidup? Selain acara pesta buku konvensional, kini acara perdagangan hak cipta dalam format fellowship seperti Istanbul Fellowship Program dan Indonesia Partnership Program telah menjadi pentas yang penting dalam dunia perbukuan antarabangsa. Apakah bezanya dan impaknya pula lebih bagus berbanding penyertaan di dalam pesta buku biasa? Bagaimana pula dengan penulis? Apa ruang yang boleh diteroka sekiranya mereka memilih untuk mengunjungi acara-acara buku antarabangsa sebegini? Apakah penulis boleh mendapat manfaat daripada penyertaan di pesta buku, atau ada alternatif yang lain? Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Seni Persembahan - itulah fokus Silang Kata Podcast minggu ini. Azree mengimbau kenangan membawa Hafiz dan Eja ke sebuah rakaman rancangan televisyen di Indonesia iaitu Golden Memories Asia, dan mereka bercerita mengenai pengalaman dan pemerhatian sewaktu berada di dalam Studio 5 Indosiar. Hafiz pula menyambung mengenai pengalamannya menonton teater di Jogjakarta, serta ketika pementasan teater interaktif di #KABO. Perbincangan mengenai kepentingan menghargai dunia seni persembahan, dikemudikan oleh Eja. Mereka bercerita mengenai pengalaman menonton teater dan juga pengalaman terlibat secara langsung di dalam produksi sebuah teater. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Setelah beberapa minggu tidak bersiaran bersama, akhirnya kali ini Azree, Hafiz dan Eja kembali berdiskusi bertiga, membicarakan topik-topik menarik berkaitan hal seputar sastera budaya. Azree memulakan bicara dengan menyatakan rasa gembira dengan berita penganugerahan gelaran Sasterawan Negara kepada Dr Siti Zainon Ismail dan memulakan topik berkaitan bagaimana anugerah ini dapat memberikan impak kepada seorang penulis dan masyarakat di sekitarnya. Minggu ini Eja memperkenalkan sebuah istilah iaitu 'Ekranisasi'. Dengan memberikan penjelasan dari bidang perfileman, diskusi ini cuba mengupas mengenai makna istilah ini dan kaitannya dengan karya tempatan. Untuk khalayak pembeli buku berkembang, maka pemain dalam industri buku seharusnya memulakan koloborasi dengan pihak-pihak di luar bidang buku - begitulah perbicangan topik yang diutarakan oleh Hafiz, sebagai pelengkap segmen ketiga. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Sempena pembukaan semula Kafe Buku Oakheart (KABO) di lokasi barunya di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi - Silang Kata Podcast telah dirakamkan ketika majlis buka pintu KABO secara eksklusif bersama tetamu KABO. Kami berbicara mengenai trend kafe buku yang menggabungkan model perniagaan kedai buku dan kafe - juga pendapat mengenai bagaimana kafe sebegini dapat menarik minat orang ramai kepada buku. Seterusnya, alang-alang bercerita mengenai kopi - bagaimana pula kaitannya dengan penulis? Terdapat segelintir penulis perlu minum kopi apabila ingin menulis. Di topik terakhir, kami membincangkan pula mengenai siapa yang membeli buku, terutamanya judul-judul sastera di kafe buku sebegini? Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Tetamu Jemputan : Azwar Kamaruzaman, Hafizul Osman & Huzaifah AJ Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Sempena Indonesia International Book Fair, Silang Kata Podcast secara eksklusif membawakan tamu undangan dari seberang iaitu Ibu Kartini Nurdin dan puterinya Dian Andiani dari Yayasan Pustaka Obor Indonesia. Kami berbicang secara santai di Rumah Obor, Jakarta sambil menjalinkan persahabatan yang merapatkan kedua-dua negara melalui penerbitan buku. Kami bertanyakan kepada Dian selayang pandang keadaan industri penerbitan buku di Indonesia dan hal-hal berkenaan gerakan literasi. Dian turut bercerita serba sedikit mengenai Indonesia International Book Fair yang baru sahaja melabuhkan tirai. Dalam segmen seterusnya, kami meneroka pengalaman Indonesia menjual dan mempromosikan hak cipta perbukuan di peringkat antarabangsa dan cabaran-cabaran yang dihadapi. Tentunya, Dian berkongsikan mengenai Geran Terjemahan di Indonesia yang amat membantu penjualan hak cipta Indonesia kepada penerbit luar negara. Silang Kata Podcast amat gembira, Ketua Pengurus Yayasan Pustaka Obor Indonesia, Ibu Kartini Nurdin sudi untuk menyertai perbincangan pada segmen ke-empat. Kami bertanyakan pendapat Ibu Kartini mengenai kepentingan penterjemahan dan pertukaran judul antara Malaysia dan Indonesia. Turut diperkenalkan, kerjasama penerbitan baharu antara Yayasan Pustaka Obor Indonesia dan Legasi Oakheart iaitu novel 'Jalan Tak Ada Hujung' karya Muchtar Lubis. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Tetamu Jemputan : Dian Andiani Penampilan Khas: Ibu Kartini Nurdin Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Kali ini Silang Kata Podcast bersiaran dalam sebuah episod khas, langsung dari Jakarta, Indonesia. Dirakamkan di kafe Filosofi Kopi, episod kali ini menampilkan Hidayu Hatta & Syakirah Razali sebagai tetamu jemputan. Dengarkan sembang kedai kopi - kami berbicara mengenai kembara kami ke Jakarta, Indonesia.…
Buat pertama kalinya, Silang Kata Podcast menjemput tetamu bagi berkongsi pengalaman iaitu Saufi Ahmad, seorang pengacara majlis perkahwinan. Saufi dan Azree saling bersembang tentang pengalaman masing-masing mengacarakan majlis perkahwinan termasuklah: - Apakah perbezaan antara Emcee dan Deejay? Ramai yang masih keliru tentang perbezaan antara keduanya. - Apakah elemen-elemen yang penting di dalam Majlis Persandingan Melayu? Azree dan Saufi saling berkongsi tentang peranan pengacara majlis yang boleh membantu tuan rumah melancarkan acara. - Saufi berkongsi tips dan perkara-perkara penting yang perlu diperhalusi ketika menghadiri majlis perkahwinan Melayu. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin @azreeariffin Peneraju: Azree Ariffin & Saufi Ahmad @emceesaufi Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Setiap kali menjelmanya bulan Ogos, semangat kemerdekaan pasti akan terasa di seluruh negara. Pada waktu ini jugalah pengucapan puisi akan bergema dengan berlangsungnya Sayembara Deklamasi.Episod kali ini memberi fokus kepada deklamasi puisi dengan membincangkan hal ini dari sudut: - Bagaimanakah caranya mahu menghayati sesebuah puisi? Setiap orang pasti ada cita rasa yang berbeza. Apa pula perbezaan sajak dan puisi? - Acara Baca Puisi: Bagaimanakah landskap acara baca puisi di Malaysia. Adakah ia benar-benar medan penghayatan puisi atau sekadar alasan untuk berhimpun? - Sempena musim sayembara deklamasi puisi yang sedang berlangsung, ayuh telusuri sejarah perkembangan pertandingan ini dan persoalan adakah ia perlu diberikan suatu evolusi untuk menarik anak muda? Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah…
Velkommen til Player FM!
Player FM scanner netter for høykvalitets podcaster som du kan nyte nå. Det er den beste podcastappen og fungerer på Android, iPhone og internett. Registrer deg for å synkronisere abonnement på flere enheter.
Bli med på verdens beste podcastapp for å håndtere dine favorittserier online og spill dem av offline på vår Android og iOS-apper. Det er gratis og enkelt!